LHDN – eFailedling (hehe)

Diariku No Comments »

cukaiAtas faktor keselamatan aku dan takmo orang buat surprise time bestday aku (macam la ada). Aku sensored la mana2 yang sensitip. Aku dah jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Aku dah declare dah pendapatan aku. Aku suka sebab aku tak payah bayar. Kalau aku kena bayar. Mungkin aku takkan buat tindakkan ni. Hehe. 

Number file aku timbul sebabkan aku kerja kilang dulu la. 3 bulan tanpa henti gaji mencanak sebab OT tiap2 hari. Tak pernah rehat. Sejak dari tu. Aku di datangi lembaga ni. Tapi takdak masalah apa pun sebab tak layak pun untuk aku bayar. 

Baguih betoi ada e-filling ni. Senang sikit. Beberapa minit je aku dah setel dah. Tak payah pening kepala. Buat awai2 bgus. Sebab aritu masa nak last date. Aku pegi ke opis diorang untuk pegi komfirmkan aku punya number fail. Opis diorang pun tak dapat ekses. Apatah lagi internet dari umah. Intranet pun sesak gak. 

Apa pun aku nak menasihatkan la pada sesiapa yang layak tu. Declare je la. Tak susah pun. Tak payah bayar pun. Tadi aku silap isi. Terkejut aku. Apasal aku kena bayar cukai 500ribu lebih. Gila aih. Mahai tu. Rupanya aku terdeclare gaji aku 19juta. Berangan betoi.

Ini je aku termampu. Ptptn aku tak mampu bayar. Hehe.. Bila nak start bayaq taktau la. Dulu time keja kilang aku dah berjaya kurangkan bawah RM15,000.00 skang dah setahun tak bayaq. Naik balik la. Biaq la. Anwar kata nak convert tu jadi biasiswa. Aku tunggu dia la. Harap2 betoi la.

Popularity: 1% [?]

Im Ur Secret Admire – Primary School

Nostalgia No Comments »

Teringat masa sekolah ni. Dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Masuk tahun ni rasanya dah 8 tahun aku tinggalkan zaman sekolah. Masa aku zaman sekolah takdak yang menarik sangat pun. Kan ada yang pernah menjalani percintaan monyet. Sama ada diorang tu monyet atau bercinta dengan monyet. Aku tak pernah merasa saat tu. Sebab tu aku tak rasa menarik sangat kisah hidup aku.

Tapi aku tetap macam orang lain juga. Hehe.. aku pencinta rahasia. Ada la gatai gak. Takkan la korang tak pernah kan. Dari sekolah rendah lagi. Aku rasa aku belajar syok kat budak pompuan masa aku darjah 4 kot. Sejak ada seorang budak pompuan ni dari KL. Reveal la nama dia. Illy Nadia (Wah aku ingat lagi tu) hehe.. Comel. Dia buat aku semangat nak pegi sekolah. Naik darjah 5 kami berpecah. Dia terlebih cerdik lak. Dia kelas depan. Aku number dua. Tapi still syok lagi kat dia. Hehe. So bila masuk kelas agama (combine kelas) Syok la ku tengok2 dia. Sebab tu aku rasa semangat nak pegi kelas. Tapi lepas tu aku kecewa… hehe.. sebab aku rasa dia syok kat sorang budak cina ni. Muka cerdik (memang cerdik pun). Aku rasa dia hensem lagi la. Then cerah lagi dari aku. Sedih la sikit. Aku dulu penakut. Mana berani sembang ngan orang pompuan. Syok sendiri je la. Sedih nye.

Read More »

Popularity: 3% [?]

Internet Tak Dak

Diariku No Comments »

Internet takdak. Tak nikmat langsung nak kerja. Aku rasa, sepatutnya kalau tempat keja tu. Kena tulis la selain sediakan asrama dia kena statekan yang dia ada internet semasa kerja. Tak enjoy langsung bekerja tanpa internet. Walaupun bidang kerja aku tak perlukan internet langsung. Tapi aku nak gak internet. Sebab kalau bosan2 tengok dokumen ntah ape2 ni. Dapat la aku tengok mesej2 dari mereka2 yang ku kenali. Aku kan insan kesepian. Tak dak sape2. Aku harap internet ni la buat aku rasa gembira sikit. Sikit pun jadi lagi. 

Dah la kat opis takdak. Kat umah pun masalah gak. Sampai aku nak update blog pun tak kesempatan. Aku suka update blog pagi2. Masa sampai2 kat opis sebab time tu otak aku tengah fresh. Dalam bosan aku menempuh jam yang tak seberapa tu. Aku pun merangka-rangka apa aku nak tulis kat blog aku. Apa isu2 yang aku nak bangkit. 

Macam semalam masa keluar ngan Kay. Kami banyak bahasa isu2 semasa yang cepat lenyap bila kami parking keta. Aku ingat aku nak beli PDA la. So, masa tengah bangkit2 isu n teori yang ntah apa2 boleh aku salin. Then aku terus up. Chewah, sampai tahap camtu. Aku pun bukan la blogger tegas. Yang baca pun kawan2 je. Tu pun aku promote. Tah baca ke tak. Haha.. Biaq la. Janji aku pueh. Hehe…

Isu kekasih gelap masa dok tunggu En. Bob balik umah dia. (kami suh dia masak keowteow untuk kami). Mana best lagi, amik orang jadi kekasih gelap ke… atau jadi kekasih gelap orang.. (mana2 pun tak bagus. Tapi anggap je la. Ada dua pilihan ni). Nanti aku ingat aku bentangkan hujah aku. Sapa menang tah. Itu pun aku tak ingat. (Kemenangan bila salah sorang kata, betoi jugak).

Popularity: 2% [?]

Lari.. Larii.. Umah Terbakor..

Diariku No Comments »

Haha.. Umah berasap. Tapi tak payah la lari. Sebab dapur je berasap setelah sekian lama tak berasap penih bauan. Buat sekian lama kami cuba untuk masak kat umah. Setakat ni rekod bertahan pun sebulan lebih je. Tu pun masak nasi goreng je. Harap kali ni advance sikit la. Boleh buat masak yang lain lak. Macam kat umah2 tu masak la. 

Untuk buat macam tu. Kena belajar masak. Itu yang leceh. Sebab aku tak reti masak. Takat nak goreng2 tu boleh la. Letak kicap, letak sayur, letak air. Rasa2 dia. Tak dak rasa buh kicap lagi. Dulu2 tu ada gak la tolong mak aku masak gulai. Tapi itu pun perlu bimbingan setiap masa. Ada je aku tanya lepas tu nak buat ape. Lepas tu nak buh apa. Sampai mak aku boring. Baik aku main peranan sebagai tukang potong sayur je. Sebab mak aku nak relax pun tak boleh sebab aku dok panggil dia tengok apa dah jadi kat gulai ikan aku tu. 

Segalanya selepas kami tercabar tengok En. Bob masak je kat umah. Dia dapat jimat banyak gila. Dah tu pandai masak lak. Ini tak boleh jadi. So aku ngan kawan aku sekeping seorang ni nekad untuk masak kat umah. Tadi dia main peranan penting. Sebab aku balik lambat. Balik2 je semua dah get ready dah. Oleh itu, baik aku balik lambat2. Baru la aku cuci tangan je. Haha..

En. Bob dah lama masak kat umah tak kecoh pun. Aku baru nak masak pun nak kecoh. Ah lantak la. Suka aku la. Hehe.. Aku rasa kalau hari2 aku makan kat umah. Abis la aku. Mesti aku gemok la. Sebab aku boleh tambah berpinggan2. Aku masak sedap lak tu. Mana boleh tahan. Ahaks.. 

Sapa2 ada resepi best. Meh kat aku. Nak simple2 je. Tapi sedap. Aku nak buat masak blackpeppers. Aku dah tanya dah kat geng dukung anak @ facebook. Harap2 ada maklum balas dari cik kak, cik kak sinun. hehe.

Popularity: 1% [?]

Kuciwa Lagi

Diariku 2 Comments »

knowing_ver3Aku ingatkan cerita ni best sebab masa aku tengok citer Taken. Dia punya trailer macam best je. Lagipun Nicolas Cage lak belakon. Aku suka la. Dia buat muka pikir dia tu. Buat muka berteori dia tu. Buat aku teruja. Lagipun konsep citer dia tu nak macam citer Nostradamus. Seorang budak meramal masa depan. Dasyat dan tak berapa nak logik la. Budak ni tulis dalam number. Kedudukan bencana (kena guna sistem GPS, tarikh, masa dan bilangan kematian. Dia tulis number je. Then cikgu sekolah simpan dalam Kapsul masa. Lepas 50 tahun (1959 budak tu tulis) diorang buka balik. Anak Nicolas ni buka.

Konsep dah best dah. Dia nak cuba elakkan kejadian buruk berlaku dari ramalan tu. Last2, dia dpt tau yang ramalan tu citer tentang kiamat. Maka bermula la kesiala citer ni.

Then. macam biasa, kalau laki jadi hero. Maka watak perempuan akan ditonjolkan membawa masalah dan pentingkan diri. Kepala otak tak betul. Tak dapat pk rasional. Haha.. Sebab si pompuan tu tak sabar2 nak selamatkan diri. Tak nak dengar cakap hero. Pompuan kan ada setengah tak sabar. Setengah je. Stengah lagi penyabar. Hehe..

Tetiba lak. Ada makhluk asing. Buat efek2 macam malaikat. Amik budak2 ke galaksi lain untuk memulakan kehidupan baru. Bumi musnah. Terbakar sebab percikan daripada matahari.Terus citer jadi macam sial. Sakit terus kepala hotak aku. Nyesal lak aku tengok citer ni.. Isk2..  tak dapat terima otak. Sesat tol citer ni last2. Jangan tengok. Haha..

Popularity: 2% [?]