Kan Dah Cakap

Diariku 1 Comment »

Aku di kawasan yang matang. Jadi aku memang dah matang. Mana ada sengal dan tak matang. Isk2.

26042009892

Popularity: 3% [?]

Tips Bisnes!

Diariku No Comments »

Bercakap tentang marketing. So, semua perkara perlu dititik beratkan. So, untuk pastikan orang tertarik ke kedai korang, korang kena ada signboard besar2. Tapi besar2 pun kena la bertepatan dengan apa korang jual. Selamat mencuba tips ini. Dan selamat beramal..

28042009144

 

Kredit pada Kay sebab snap benda ni n tunjuk kat aku.

Popularity: 2% [?]

Teori Aku : Tiga Jenis Pemikiran

Teori aku No Comments »

Dari pengalaman aku tak seberapa ni. Aku berpendapat ada tiga jenis pemikiran manusia.

1. Logikal

2. Aritmatik (matematik ada campur,tolak,semua tu)

3. Nasib (gamble)

1. Logik

Mak aku suka pk secara logik nye. Lagipun orang2 dulu suka buat patang larang berkaitan logik akal juga. Cuma aku teringatla kelogikan yang dilontar oleh mak aku.

Masa kak aku tengah ngandung, mak aku cakap la dah 2x kak aku pergi scan perut nak tengok laki ke pompuan. Dua kali tak nampak, terlindung. Dia pusing lain. Mak aku bagi teori dia. Secara logiknye keadaan yang baby ni pemalu. Sure pompuan. Pompuan kan pemalu. Kalu laki sure terkangkang tunjuknye.

Kak aku tak konfiden sangat dengan logik diberi mak aku tu. Dia takut kang, kalau pk2 pompuan tengok2 laki. So, baju2 baby pun dia pilih2 warna yang tak berat kearah pompuan. Dia tak beli baju2 warna pink. Sebab secara logiknya warna pink untuk orang pompuan. Walaupun sekarang ni metroseksual ape jadah tu pun suka warna pink. Pink dah tak gambarkan untuk perempuan. Dia lebih berminat beli warna putih sebab secara logiknye warna putih semua boleh pakai.

Alih, pemikiran logik mak aku tu tepat. Betul la tu mak aku cakap. Dari segi keadaan kak aku tengah ngandung tu, mak aku lontarkan hujah2 yang menguatkan bahawa mesti cucu sulung dia pompuan.

Aku tak amik port sangat sebab aku tak pk yang aku akan buat posting pasal pemikiran mak aku ni. Jadi aku tak pk logik lagi.

Read More »

Popularity: 3% [?]

Bos,Kawan Kantoi, Aku Baik.. haha

Diariku, Featured Articles No Comments »

Hangat ni. Aku tak bagi perhatian sangat Buletin Utama tadi sebab aku bz ngemas umah. Sapu2 apa yang patut. Tapi berita pasal penipuan aku dengar last je. Tertangkap nye sindiket menipu ni.

Modus Operandi diorang bahawa diorang berkenalan kat tenet perkenalkan sebagai orang luar. Kendian diorang jadi kawan, diorang cakap la nak hantar barang. Kendian tak lama. Kompeni kurier kol yang barang di hantar kena tahan Kastam sebab barang larangan. So kena bayar denda Kastam. Baru boleh terima barang.

So, pada yang terlalu syok sangat nak barang tu. Eklusif la kot. Akan gedik bayar kat kurier ni. Lepas tu, last2 kena tipu.

Aku tokok tambah sikit2. Aku tak berapa pasti sangat. Tapi kalau secara rumusan nye macam tu la.

Read More »

Popularity: 3% [?]

Kenangan Janji Melayu

Featured Articles, Nostalgia No Comments »

Rupanya salah sorang fren aku student UUM. Mula la teringat kenangan pegi UUM masa sekolah menengah dulu. Semangat betul time tu. Sepupu baru dapat lesen. Cuti sekolah lak. Tak kira la jauh ke tidak. Konfiden je sepupu aku kata dekat je. Abang dia study kat situ. Kerap gak la abang dia balik naik moto.

Abang dia boleh. Takkan kami tak boleh. Pakat dengan kazen lagi sorang. Dia tua sikit dari kami. Rasanye 2 tahun kot. Tak konfirm lak aku.

Time aku skolah menengah ni la orang selalu suap janji melayu. Orang melayu kalau berjanji tak pernah tepat. Mesti lambat punya. Mungkin sebab aku nak pastikan aku ni orang melayu. Aku sendiri cuba amalkan janji melayu. Selalunye tak pernah berjaya sebab aku jenis suka tepati masa. (hehe). Tapi kalau kawan2 aku lambat ke, aku tak berapa nak kisah sangat sebab diorang melayu.

Aku n kazen aku ni janji la ngan kazen lagi sorang ni. Lagi 15 minit kami sampai umah dia. Cepat2 la siap. Padahal kami tak siap apa lagi pun. Tengok tv la. Makan la. Ada la buat aktviti2 lain. Lepas 2 jam kot. Baru la nak kuar umah.

Sampai je umah dia. Kami tengok kazen aku ni pakai baju biasa je. Relax je baring tengok tv. Memula nak la hangin. Bagi masa 2 jam pun tak siap lagi. Melampau ni.

Tak sempat nak marah. Dia sound dulu. Dia ingatkan tak jadi. 1j 45 minit yang lalu dia dah siap dah. Dia tunggu punya lama. Dia pikir mesti tak jadi punya. Dia baru je tukar baju jalan dia.

Hehe. Tersengih la kami. Kami cakap la. Kena ikut janji melayu. Lupa lak nak cakap. Kena pandai darab perminit pada tempoh masa yang diberi. Setiap 5min = 30 min. So kalau 15 = 3×30min = 90min. So,sebab kami ni terlalu melayu. Kami tambah extra 15 minit.

Siot tol kan. Sebabkan diorang dok cakap pasal benda ni la. Ni janji melayu ni. Betol ke orang melayu suka delay? Macam Tun M cakap. Melayu mudah lupa. Sebab dia cakap camtu la. Orang melayu jadikan alasan. Ala aku kan melayu. So biasa la aku terlupa. Sama macam ni la. Janji melayu. So lambat la sikit.

Lepas kejadian tu. Bila janji ngan kazen ni. Dia akan tanya lagi. Ini janji melayu ke? Hehe.. Dengan sengih cakap janji melayu ni. So dia paham la. Selalunye lambat sejam je dari waktu diberi.

Read More »

Popularity: 3% [?]