Menjawab
Diariku No Comments »Menjawab ni bukan la seperti mencapap. Tadi aku relax time waktu rehat. Aku tertarik lak surat pembaca Berita Harian (Amik ni : Berita Harian, 18/5/2009, Isnin, m/s 28). Tajuk dia
Bank utama kakitangan awam, pekerja swasta terpaksa cari along.
Antara isi kandung dia yang buat aku tertarik dan daboom ialah
“Baru2 ini sy pegi bank, lepas dengar beberapa syarat, sy keciwa, ada ke diorang bagi syarat camni (sedikit olahan ayat dilakukan agar bersesuaian dengan penulisan aku).
1. Loan hanya orang gov je. Minimum Rm800 pun boleh lepas. Kalu swasta dia bagi pun min dia tinggi (nak macam maksimum – Rm3,000. Kalu sy gaji banyak tu, takder nye la sy nak buat loan.
2. Sy paham orang gov tetap dan swasta leh tukar2, tapi kena gak konsider yang dah keja 10tahun kat satu kompeni. Takkan nak tukar2 kot.
3. Ini buat dia rasa orang pinjam kat along. Sy sendiri dah keja 20tahun kat satu kompeni, tak lepas gak.
4. Dia cakap lagi. Keistimewaan orang kerajaan ni banyak. Terutamanye kalu loan keta. Dia sendiri guna nama kakak dia untuk loan keta. Interest dia murah lagi. (ini aku suspek sikit ar).
5. Bayaran hotel lebih murah berbanding kerja swasta. (aku rasakan takdak beza sebab kalu saje2 duduk takdernye hotel nak bagi murah. Siot tol. Dia nak surat lak tu. bangang nye hotel. Maybe diorang wave tax je gov tak perlu bayar. But sama je aku hadapi).
Last statement or andaian dia mungkin kerana mereka kakitangan kerajaan, maka sudah pasti mereka yang menyokong kerajaan. Bukan semua kakitangan kerajaan menyokong kerajaan, malah ada segelintir sanggup berkempen secara senyap menjatuhkan kerajaan.
Ini adalah antara statement dari surat dia. Kendian, dalam kurungan tu statement aku.
Aku pun pernah kerja swasta juga. Kawan2 aku pun kerja swasta gak. Memang dia tensen tol la sebab nak buat loan sikit punya susah. Bank2 pun memang ar satu hal. Diorang pandang pada 1.2 juta pekerja kerajaan sebagai target market diorang.
Tak boleh camtu. If swasta tu ada umah ke, harta2 lain ke. Jadikan la itu sekuriti. Tak patut diskriminasikan diorang. Kalau rasa tak secure sangat. Insuranskan la diorang tu.
Kalu dah keja lama tu, sure bagi kelonggaran. So dalam installment tu, gunakan secara potongan gaji ke. Janji setia untuk syarikat ke ape ke. Pandai2 korang la buat ape pun. Janji dapat membantu golongan swasta.
Cuma aku nak menjawab sikit la kepada Anak Tiri Malaysia, Tanjong Karang, Selangor. Aku tak pasti mana satu nama dia. So aku taip abis la.
Masa aku buat loan keta pun. Sama je rate dia ngan rate2 semasa. Takde keistimewaan pun. Aku rasa yang dia guna nama akak dia tu. Pinjaman Kerajaan Kenderaan ar. Dari segi installment memang murah giler. Aku sendiri tak dapat nak buat loan tu lagi. Sebab aku tak konfirm lagi.
Kalu dari segi tu. Dia takleh nak kata itu terlalu special. Sebab nye. Kalu nak bandingkan dengan kerja swasta. Ada gak kompeni yang bagi subsisidi untuk staff dia buat loan kenderaan.
Contohnye kilang aku dulu. Kalu kerja kat SONY, diorang bagi subsidi untuk loan keta. Kalu level tinggi sikit. Dapat la RM70 subsidi. Best ar. Ada yang RM120. Lagi best. City bulan2 RM600++ dia bayar RM500++ je. Tak ke best.
Hotel? lagi la. Siap dia bagi kaw2 nye. Sampai ke dinding harga. Dia pk kitorang leh claim. Sampai naik takut pun ada. Aku lebih prefer hotel murah2 je. Sebab senang sikit nak claim. Lain2 mahal tu.
Sokong tak sokong kerajaan ni adalah satu pemahaman yang tak pernah orang nak paham dan orang politik sendiri tak paham.
Hello, tak kira sesiapa pun yang memerintah masa lepas pilihanraya. Diorang ada kerajaan. Kalau di Johor kerajaan ada milik BN. Dia kelantan BN adalah pembangkang dan kerajaan adalah PAS. Sama juga di mana2 pun.
Sekarang ini BN dikatakan kerajaan? Dia adalah pengemudi kerajaan. Tetapi sebagai kakitangan kerajaan pula. We serve as government serve la. Takde beza pun. Kalau Pakatan Rakyat naik sekali pun. Kami tetap kakitangan kerajaan. Lain la. PR tu dengan bijaknye nak buang semua kakitangan kerajaan seramai 1.2j untuk lantik staff baru yang berdaftar sebagai ahli PR.
Politik as majikan or pengemudi je. Tapi dari segi gerak kerja dan apa2 on the ground tu masih kakitangan kerajaan yang tidak berubah2. Mereka menentukan dasar dan arah. Kami ikut je. That all.
So, kalu kami rasa borink or tak mo bos ni. Suka2 kami la nak tukar bos baru. Tapi kuasa tu takde la kat kakitangan kerajaan je. Kuasa tu terletak pada rakyat. Rakyat lak termasuk la kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta.
We deliver je beb. So takde la keistimewaan sangat. Cuma yelah kan. Encik2 politik ni suka membodek sikitkan. so dapat la tempias sikit tu. Istimewa2 yang diorang bagi tu. Lain2 takder la sangat pun. Sama je. Aku masih kena bayar saman. Haha..
If ada cacat cela dalam posting aku ni. harap diperbetulkan la. Sekian wassalam.
Popularity: 12% [?]



