Bos,Kawan Kantoi, Aku Baik.. haha

Diariku, Featured Articles No Comments »

Hangat ni. Aku tak bagi perhatian sangat Buletin Utama tadi sebab aku bz ngemas umah. Sapu2 apa yang patut. Tapi berita pasal penipuan aku dengar last je. Tertangkap nye sindiket menipu ni.

Modus Operandi diorang bahawa diorang berkenalan kat tenet perkenalkan sebagai orang luar. Kendian diorang jadi kawan, diorang cakap la nak hantar barang. Kendian tak lama. Kompeni kurier kol yang barang di hantar kena tahan Kastam sebab barang larangan. So kena bayar denda Kastam. Baru boleh terima barang.

So, pada yang terlalu syok sangat nak barang tu. Eklusif la kot. Akan gedik bayar kat kurier ni. Lepas tu, last2 kena tipu.

Aku tokok tambah sikit2. Aku tak berapa pasti sangat. Tapi kalau secara rumusan nye macam tu la.

Read More »

Popularity: 3% [?]

Kenangan Janji Melayu

Featured Articles, Nostalgia No Comments »

Rupanya salah sorang fren aku student UUM. Mula la teringat kenangan pegi UUM masa sekolah menengah dulu. Semangat betul time tu. Sepupu baru dapat lesen. Cuti sekolah lak. Tak kira la jauh ke tidak. Konfiden je sepupu aku kata dekat je. Abang dia study kat situ. Kerap gak la abang dia balik naik moto.

Abang dia boleh. Takkan kami tak boleh. Pakat dengan kazen lagi sorang. Dia tua sikit dari kami. Rasanye 2 tahun kot. Tak konfirm lak aku.

Time aku skolah menengah ni la orang selalu suap janji melayu. Orang melayu kalau berjanji tak pernah tepat. Mesti lambat punya. Mungkin sebab aku nak pastikan aku ni orang melayu. Aku sendiri cuba amalkan janji melayu. Selalunye tak pernah berjaya sebab aku jenis suka tepati masa. (hehe). Tapi kalau kawan2 aku lambat ke, aku tak berapa nak kisah sangat sebab diorang melayu.

Aku n kazen aku ni janji la ngan kazen lagi sorang ni. Lagi 15 minit kami sampai umah dia. Cepat2 la siap. Padahal kami tak siap apa lagi pun. Tengok tv la. Makan la. Ada la buat aktviti2 lain. Lepas 2 jam kot. Baru la nak kuar umah.

Sampai je umah dia. Kami tengok kazen aku ni pakai baju biasa je. Relax je baring tengok tv. Memula nak la hangin. Bagi masa 2 jam pun tak siap lagi. Melampau ni.

Tak sempat nak marah. Dia sound dulu. Dia ingatkan tak jadi. 1j 45 minit yang lalu dia dah siap dah. Dia tunggu punya lama. Dia pikir mesti tak jadi punya. Dia baru je tukar baju jalan dia.

Hehe. Tersengih la kami. Kami cakap la. Kena ikut janji melayu. Lupa lak nak cakap. Kena pandai darab perminit pada tempoh masa yang diberi. Setiap 5min = 30 min. So kalau 15 = 3×30min = 90min. So,sebab kami ni terlalu melayu. Kami tambah extra 15 minit.

Siot tol kan. Sebabkan diorang dok cakap pasal benda ni la. Ni janji melayu ni. Betol ke orang melayu suka delay? Macam Tun M cakap. Melayu mudah lupa. Sebab dia cakap camtu la. Orang melayu jadikan alasan. Ala aku kan melayu. So biasa la aku terlupa. Sama macam ni la. Janji melayu. So lambat la sikit.

Lepas kejadian tu. Bila janji ngan kazen ni. Dia akan tanya lagi. Ini janji melayu ke? Hehe.. Dengan sengih cakap janji melayu ni. So dia paham la. Selalunye lambat sejam je dari waktu diberi.

Read More »

Popularity: 3% [?]

Jemaah Usrah

Diariku, Featured Articles 2 Comments »

Salam ukhwah kepada semua. Semalam ana bersama kawan ana ke rumah kawan ana yang telah pindah ke rumaha baru. Punya ana semangat sebab makan free. Dari mesej dia pun macam simple. Lepas maqrib ada solat hajat kendian ada makan sikit2. (Bab makan ni yang tak tolak. lagipun dia sedara kan. Takkan la tak pegi bila orang dah jemput).

Sampai je sana kosong. Adesh. Pahal. Dia cakap. Nanti Ustaz sekolah dia akan bawa geng usrah dia datang umah dia. Mungkin lepas Isyak. Kebetulan je, target umah untuk minggu ni tak dapat nak jadi wakil umah sebab pegi KL, so diorang buat la kat umah member aku ni. Alang2 buat buka umah baru 2 hari dok.

Ana ingatkan just semayang n makan2 je. Ada aktiviti usrah lak. Ini la first time ana join usrah macam ni. Time sekolah dulu ada la. Ustaz skolah ana buat lepas waktu skolah. Lepas solat zohor ada usrah.

Masa dok itm pun tak pernah la join budak2 pegi masjid join2 macam ni. Walaupun ada budak coz ana aktif juga.

Teruk tol kan. Isk2. Apa nak jadi ni.

Read More »

Popularity: 3% [?]

Teori : Tak Profesional

Featured Articles, Teori aku 3 Comments »

Kawan aku bentangkan isu ni masa ondaway nak pegi wayang (ke balik ye aku tak pasti la). Aku tanya dia, apasal bila dah kapel kan rapat giler. Semua cerita. Semua kongsi. Segala2 nya lah kongsi. A-Z. Tapi bila dah putus. Putus terus. Kawan pun tak boleh lagi. Tapi kalu orang lain boleh kawan. Kira buang terus camtu je.

Aku pikir mungkin sebabkan niat awal masa perkenalan kot yang membuatkan bila putus. Terus putus. Not even just a kawan. Yelah, kawan je kan. Still boleh bercakap. Still boleh sembang2. Keluar. Makan minum. What so ever. With no intention or feeling. Kalau perkenalan bermula sebagai kawan. Then, bertukar kepada kapel. So, bila tak dapat nak match sebagai teman hidup. Tak payah la jadi kapel, jadi kawan balik. Sama je kan. Kalau awal2 nak berkawan ialah nak kapel. Bila dah putus. Terus tak kawan langsung. Lari dan hilang.Sebab dalam pengalaman aku macam tu. Putus je. Putus terus. Langsung tak boleh nak kawan.

Kay lak kata. Tak juga. Sebab dia masih boleh berkawan dengan ex2 dia. Tak dak masalah pun. Sama ada di dump atau mendumpkan. Puncanya adalah faktor profesional. Kalau seseorang itu tak cukup profesional. Dia tak boleh jadikan bekas kekasih sebagai kawan. Dia tak dapat mengasingkan perasaan lama dengan dengan perasaan baru. Dia takut juga rasa lama kembali. Dengan erti katal lain ialah tak cukup profesional lah. Kalu orang macam ni. Dalam kerja pun ada unsur2 emosi. Dalam kerja pun ada unsur2 perasaan. Sepatutnya bila dalam kerja. Tak kisah la dia ni kutuk ka, kata belakang ka, fitnah ko ke, ko dapat bezakan antara kerja dan peribadi. Lantak la apa pun. Kalau profesional. Takdak efek la kata2 orang ni.

Jadi ex2 aku ni tak pro la ye. Hahaha. Aku pikir diorang tak nak sebabkan aku. Nak aku tukar nama ke? Yelah mesti la heran kan. Orang lain boleh kawan dengan diorang. Takkan aku tak boleh kot. Lagi pun apa la sangat tak berkawan dengan aku sorang je. Takdak kesan pada ekosistem dunia pun. Ibarat kalau umah aku je tak tutup karan masa earthour nanti takdak efek pun.

Adakah aku cukup profesional? Mampukah aku membeza2kan antara kawan dan perasaan. Aku rasa aku boleh la. Sebab aku jenis tak kisah berkawan. Nampak macam aku ada niat berkapel. Walhal takdak pun. Aku anggap kawan2 pompuan macam kawan laki gak. Selamba je aku layan. Sebab aku memang camtu. Baik dengan kawan2. Haha..

Aku rasa aku profesional secara teorinya lah. Sebab aku boleh berkawan tanpa ada rasa apa pun. Rasa berkawan je. kan kawan untung sembang2 dan sronot2. Itu la best.

Popularity: 3% [?]

Hak Wanita Masa Kapel

Featured Articles, Teori aku No Comments »

Macam pejuang wanita pula aku ni. Lantak la. Sekadar secebis pengalaman aku dan kawan2. Jd saje je nak tulis kat sini. Kepada rasa ini tak betul. Atau rasa perlu penambahan. Boleh inform kat aku. Korang tahu macam mana nak kontek aku. Sekarang aku nak bentangkan teori aku tentang hak2 wanita semasa mereka kapel. Benar meh wanita ada hak semasa berkapel? Mesti la. Sebab baru berkapel. Mesti la ada hak2 mutlak yang korang ada. Oleh kerana aku takdak PDA untuk aku take note., susah aku nak ingat apa yang aku dah terfikirkan masa aku dalam jamban. (Tempat itu la tempat untuk kita berfikir dan guna otak sementara menyetelkan kehendak alam ni).Takkan aku nak tulis lak kan pakai pen dan kertas. Basah la nanti. Okeh2, antaranya hak wanita masa kapel ialah;

1. Hak Untuk Memilih

Korang memang ada hak pun nak pilih dengan sape korang nak berkapel n berdating. Takkan la main rembat je. Baik or jahat. Pilih je. Takdak sape pun boleh kata, kau milik ku. Kalau hati rasa tawar, kalu hati rasa tak best. Reject je. Then cari yang lain. Sebab masa kapel la masa untuk filter pun. Masa kapel la 10-30% sifat sebenar pasangan korang akan dipamerkan. Kalau yang keluar tu bagus2. Ok la, good for you. If yang keluar tu hehe.. paham2 sendiri. So, paham2 sendiri la.

2. Hak Untuk Berkawan Laki Lain

Ini hak penting juga ni. Sebab kononnye orang perempuan ni seorang yang setia. Jadi, kalau dia kata kawan tu. Kawan lah. Tak lebih dari tu. Tak macam laki. Kalau dia kata kawan tu. Erm, mesti ada something. Bf tak perlu nak jeles. Sebab kawan je bah. Lagi pun ramai kawan, kurang2 dapat la backup. Mana tahu bf buat perangai. Kan secara kononnya juga yang buat perangai tu orang laki. Lagi pun nak cari networking senang kalu korang geng MLM.

3. Hak Amik Kesempatan

Orang perempuan amik kesempatan tak sama dengan orang laki amik kesempatan terhadap wanita. Jauh beza dia. Yelah laki kesempatan nak manja2 je. Kesempatan wanita terhadap laki lak lebih kepada perhatian, material, kesanggupan dan pengorbanan kot. So, kalu bf jenis “U name it, i rela for you” then, tunggu ape lagi. Perah keringat dia. Pergi balik kerja, tolong beli barang, tolong repair paip kat umah, tolong support kehidupan dari segi kewangan atau harta benda. Kalau boleh kad kredit pun minta gak. Kalau ada kawan laki pun. Kalu mamat tu jenis baik tak bertempat. Jangan risau. Perah jugak. Then, ucap la terima kasih. Korang tak perlu beri kesempatan pada mereka. Just ucap terima kasih. Hutang budi tak semestinya dibayar body. Itu hak anda untuk amik kesempatan. You Must Grabbbb.. (bak kata johan).

4. Hak Untuk Katakan Tidak

Katakan tidak untuk setiap perkara. Atau taknak untuk setiap benda. Baru kapel kan. Jadi, takkan nak beri semua. If pasangan nak pegang tangan pun. Kata je tak boleh. Kalau dia tinggalkan korang sebab tu. Mesti dia nak kapel atas niat lain. Tidak je untuk perkara2 yang lain. Sex becoz of Lov is ok  (Ada la someone ideologi) is mengarut. Kalu korang dah kawin ok la. Takat baru kapel. kalau taj jadi? Tak ke korang jatuh status bekas orang. Tapi kalau korang pun sama bernafsu gak macam bf korang. Takkan korang nak kata taknak gak kan. Takkanlah baru kapel nak cium mulut. Leh percaya ke? Tah2 bf korang tu jenis malas gosok gigi. Kaki petai ke. Pergh.. Buatnye mulut berkuman. Lagi la. Boleh percaya ke. Tersebar kuman kang. Korang boleh katakan tidak untuk semua perkara ini, peluk,cium, pegang, raba, ramas dan ape benda lagi la. So, dengan cara tu boleh la tengok what type of ur new bf. If diorang ok with it. So, it ok la. If not, u know la diorang looking for something else. Kalau la manusia ni berbeza kaler. Setiap kali pegang2 ni, melekat kaler bf  kat badan korang. Cuba bayangkan kalu korang dah kapel 4 orang. Tak ke badan korang ada 4 kaler. Dan warna bercampur aduk. Kaler maler la hidup korang.Hehehe. (ini bukan nasihat, ini just bentangkan hak untuk tidak je).Tidak untuk dating pun boleh juga. Tapi tak kapel la tak dating. Mana best tak dating. Kan kan..

5. Hak Untuk Pukul

Ye, ini betul. Macam kes anak Yusof Haslam tu. Korang ada hak untuk pukul, cubit, tampar, sepak, terajang or ape2 je kalau tak puas hati. Tapi, pasangan korang tak dak hak buat macam tu. Tak jantan la kan pukul pompuan. Lagi pun kudrat korang apa la sangat kan. Takkan pondan sangat sampai kena sikit dah sakit. Macam mana nak protect korang kalau ada anjing gila ke kejar, orang jahat ke serang, dengan korang pun dah tewas. Pukul je, latih diorang akan jadi tegap. Kalau diorang pukul korang. Terus pegi repot polis then cari pasangan baru. Baru kapel korang dah di sajikan dengan penyepak dan penampar. Kalau kawin. Sure la kalau silap sikit, korang bakal makan kasut alain delon laki korang. Seorang lelaki yang budiman takkan pukul perempuan.

6. Hak Untuk Marah

Yup. Geram? Marah? Tak puas hati? Jeles? Tensen? Luahkan je. Marah je. Tapi jangan la mencarut2 or mengaitkan mak bapak bf korang lak. Sebab kalau main mak bapak. Mesti korang tu ada masalah mental. Sebab mengata kat mak bapa orang lain sama macam mengata kat mak bapa sendiri. Sound je diorang mana tak betul. Sebab orang laki ni perlu teguran. Kalu tak tegur nanti dia pk semua benda tu betul. Nak macam budak2 skit laki ni kadang2. Selalunya matang la jugak (kami berpandangan jauh, tak macam korang.hehe.nanti la topik lain bentangkan). Tapi marah tu bertempat la. Kalau bf korang marah2 korang. Then main kasar lak. Sure dia jenis panas baran. Jangan layan laki mcm tu. Lepas nikah kalau baran tu tak hilang juga. Konfirm korang terkenangkan lagu Sheila On 7 – Dan (Caci maki saja diriku, jika itu biasa membuat mu, berpicar bla..bla..bla..). Diorang marah korang, diorang boleh blah.Tapi kalu diorang tegur tu. Dengar la. Jangan bebal sangat. Korang pun bukan betul sangat. Kan bila korang marah tu tanda amik berat. Sama la laki korang tu. Cuma marah laki tu. Tegur manja2. Boleh terima lagi.

7. Hak Untuk Minta Putus

Jangan takut, jangan ragu. Kalau korang rasa perasaan cinta tu takder. Or korang rasa ada laki yang lebih baik lagi. Korang boleh tinggalkan. Dump kan je bf korang tu. Kalau dah kawin susah. Yelah, semua dah buat dah, kenduri kendara, duit keluar, berpeluh laki nak akad, lagi pun tak baik la cerai berai ni.Ingat perkara main2 ke.Kawin then cerai. Dah kawin baru nak menyesal. Perkara tak patut berlaku. Kalau dah kawin kena mohon taklik or fasakh. But, if kapel senang lagi. Lafaz je kat diorang. Kapel adalah tempoh penilaian sama ada pasangan tu bagus atau tak. Kalau break pun. Boleh sambung balik senang2 je. Tak perlu jumpa tok kadi kata saya nak kapel. Takpe perlu takut or kesian kat pasangan. Just, tinggalkan je. Atleast bagitau la pasangan tu sebab nak tinggalkan.Tak la dia terkial2 lak. Kesian lak. Tak baik hancurkan hati orang macam tu je.Kena balik kat korang baru nyesal.Hehe… Kalau bf tu jenis panas baran. Kepala samseng ke. Itu, korang kena lari dulu baru bagitau nak putus. Kepada yang muda lagi la untuk hak ni. Sebab masih muda. Masih ramai lagi untuk pilih. Cuma kalu dah tua tu susah sikit.No komen.

Setakat ini 7 je hak2 yang dijumpai. hak untuk dibelanja makan,tengok wayang, duit minyak dan hak2 lain tu mungkin korang boleh pk sendiri. Hak untuk dapat hadiah, dapat perhatian, dapat kasih sayang (nama pun kapel) itu pun adalah hak2 asas juga. Malas aku nak taip lagi.

Sekian, renung2 kan dan selamat beramal. hehe.

“Terimalah seadanya, sebab diri sendiri pun tak semestinya cukup bagus,kan kan”

Popularity: 2% [?]