Hidup Macam Naik Basikal

Teori aku No Comments »

basikal

Aku rasa seperti naik basikal bila teruskan hidup ni. Mudah je. Memula memang susah nak belajar. Tapi sekali dah boleh balance. Terus jadi terbiasa. Walaupun dengan tayar dua je. Selamba je imbangkan badan.

Ada yang nasib baik. Tak perlu kayuh pun. Lancar je. Sebab turun bukit je. Tapi ada juga yang susah yang amat nak kayuh sebab naik bukit. Betapa susahnye nak teruskan kehidupan. Tapi kalu basikal ada gear mudah sikit. Boleh tukar2 gear ringan ke berat.

Selalunya ramai yang biasa2 je. Jalan mendatar. Time tu. Suka ati la. Nak bawa laju ke. Nak bawa slow ke. Nak stop ke.

Setengah basikal pula. Ada limit dia. Tak boleh bawa laju sangat. Kang rantai putus, bearing berterabur, mudguard tercabut. So, terpaksa bawa slow2.

Basikal selesa seat dia tebal. Ada yang mampu dapat basikal yang bawa orang kat belakang. Bukan sorang, dua orang pun boleh. Bila muatan berat perjalan pun perlahan. Kalu kuat. Dapat gak laju. Untung2 time turun bukit. Pergh bestnye. Relax kaki. Kalau naik bukit lak. Kena la yang dibawa tu turun. Tapi bukan turun dan belah. Tolong tolak basikal. Bagi mudah sikit tempoh bukit.

Sekian wassalam. Majulah industri basikal negara.

Popularity: 2% [?]

Teori Aku : Tiga Jenis Pemikiran

Teori aku No Comments »

Dari pengalaman aku tak seberapa ni. Aku berpendapat ada tiga jenis pemikiran manusia.

1. Logikal

2. Aritmatik (matematik ada campur,tolak,semua tu)

3. Nasib (gamble)

1. Logik

Mak aku suka pk secara logik nye. Lagipun orang2 dulu suka buat patang larang berkaitan logik akal juga. Cuma aku teringatla kelogikan yang dilontar oleh mak aku.

Masa kak aku tengah ngandung, mak aku cakap la dah 2x kak aku pergi scan perut nak tengok laki ke pompuan. Dua kali tak nampak, terlindung. Dia pusing lain. Mak aku bagi teori dia. Secara logiknye keadaan yang baby ni pemalu. Sure pompuan. Pompuan kan pemalu. Kalu laki sure terkangkang tunjuknye.

Kak aku tak konfiden sangat dengan logik diberi mak aku tu. Dia takut kang, kalau pk2 pompuan tengok2 laki. So, baju2 baby pun dia pilih2 warna yang tak berat kearah pompuan. Dia tak beli baju2 warna pink. Sebab secara logiknya warna pink untuk orang pompuan. Walaupun sekarang ni metroseksual ape jadah tu pun suka warna pink. Pink dah tak gambarkan untuk perempuan. Dia lebih berminat beli warna putih sebab secara logiknye warna putih semua boleh pakai.

Alih, pemikiran logik mak aku tu tepat. Betul la tu mak aku cakap. Dari segi keadaan kak aku tengah ngandung tu, mak aku lontarkan hujah2 yang menguatkan bahawa mesti cucu sulung dia pompuan.

Aku tak amik port sangat sebab aku tak pk yang aku akan buat posting pasal pemikiran mak aku ni. Jadi aku tak pk logik lagi.

Read More »

Popularity: 3% [?]

Slot Puji Membe

Teori aku No Comments »

Disebabkan arini kawan aku sorang ni masak sedap. Dan dia cover semua sekali dari basuh pinggan sampai la ke masak nasi dan lauk pauk. Aku pun janji kat dia. Aku nak puji member aku ni kat blog.

Kay Masak Sedap. Ikan toman masak merah (pes paket mana hang dapat aku tak tau la) memang lazat. Nasi putih nampak empuk dan menyelerakan. Sayur kacang bergoreng ngan telur walupun sedikit masin tetap melazatkan.

Oklah tu dah puji dah. Sekarang kami nak puji diri kami lak. Kawan aku ni dia anak sulung. Dia ada 2 orang adik kat bawah dia. Sebabkan dia abang. So paham2 la. Mesti la jadi tempat harapan untuk adik2 dia pow dia. Biasalakan. Budak2 mana la ada duit. Tak kira yang study atau yang kerja. Oleh kerana tu. Dia perlu pastikan yang setiap apa yang dia buat perlu ada perancangan. Semestinya. Sebab nak nak pow sape. Takkan nak pow adik dia. Diorang pun takdak duit.Dia kena pastikan dia sentiasa berduit. Dia kena pastikan dia sentiasa ada lebihan untuk sebarang pow2 dari adik2 dia. Atau dari kawan2 dia. Hehe. (Bukan aku la).

Sama juga aku. Aku lak lain. Walaupun aku ni anak number dua. Kak aku dah kawin. Dia ada laki dia yang kerja. Dia pun kerja. Diorang pun dok dekat2 je ngan umah mak aku. Aku masih dalam situasi yang sama gak. Aku kena pastikan aku ada duit sebab aku takkan sesekali minta duit kat diorang. Kadang2 adik aku perlukan duit gak. Ini je bantuan aku boleh bagi pun. Aku pun bulan2 bagi duit kat mak aku. Takkan aku nak minta balik kat mak aku. Kadang2 bapa aku pun minta duit gak kat aku kalu tetiba dia perlukan duit. Kita mana nak tahu kan. Tetiba moto rosak ke. Nak pasang astro ke. Tak tau kan. Jadi, aku kena pastikan aku sentiasa berduit. Aku lak kena berjimat la juga dalam sesetengah perkara. Macam adik aku kata, bang nak duit. Dengan otomatik aku terus bank in duit kat dia. Kalau aku pun boros. Enjoy duit selagak2 nye. Sape nak tolong aku. Aku sendiri banker.

Jadi inilah pujian kepada kawan aku dan aku kena tempias. Kami seorang banker kepada keluarga kami. Kami kena sentiasa pastikan kami dpt tolong diri kami sendiri dan tolong kuarga sendiri.

Sekian terima kasih.

Popularity: 1% [?]

Apa Owh…

Teori aku 1 Comment »

Sekarang ni ramai la shemale main tagged. Tanpa segan silu ajak kawan. Ish geli aku. Sama gak ngan pengkid ni. Sebab apa ar pengkid ni jadi pengkid ye? Kendian buat garang ye?

Aku ada kisah pasal pengkid buat best ni. Adik pada sepupu aku la. So ini adalah cerita dari sepupu kepada aku. Kalau betul tu betul la. Kalu tak betul pun. Boleh jadi panduan.

Masa adik dia lepak2 kat Mall. Ada la dia usya sorang awek ni. Dia tengok2 la. Kendian awek ni pegi kat sorang pengkid ni. Pengkid ni tak puas ati la sebab usya awek dia. Konon la. So pengkid ni ajak lawan. Buat garang boleh. Sebabkan adik sepupu aku ni pun tak berapa betul. Takpe la. Nak lawan sangat jom la.

Dengan selambe nye mamat ni dia nak pegang tetek pengkid ni. Tau lak malu. Tutup2 badan. Dengan penuh rasa malu terus lari pengkid ni bersama awek2 nya. Maka tak jadilah pergaduhan antara mereka berdua. Sedar pun diri ko pompuan. Bodoh tol.

Tapi kalu aku laki pun. Lawan dengan orang laki lain. Kalau dia buat macam tu. Bukan nak lawan. Tapi raba2 aku. Mesti aku minta stop dan mengaku kalah. Serta aku lari. Tak rela uu… auw.. haha..

Secara teorinya. Elakkan berlawan dengan gay. Pengkid tu. Sedarlah diri. Apa syok yang dapat tak tau la kapel bersama.isk2..

Popularity: 2% [?]

Teori : Tak Profesional

Featured Articles, Teori aku 3 Comments »

Kawan aku bentangkan isu ni masa ondaway nak pegi wayang (ke balik ye aku tak pasti la). Aku tanya dia, apasal bila dah kapel kan rapat giler. Semua cerita. Semua kongsi. Segala2 nya lah kongsi. A-Z. Tapi bila dah putus. Putus terus. Kawan pun tak boleh lagi. Tapi kalu orang lain boleh kawan. Kira buang terus camtu je.

Aku pikir mungkin sebabkan niat awal masa perkenalan kot yang membuatkan bila putus. Terus putus. Not even just a kawan. Yelah, kawan je kan. Still boleh bercakap. Still boleh sembang2. Keluar. Makan minum. What so ever. With no intention or feeling. Kalau perkenalan bermula sebagai kawan. Then, bertukar kepada kapel. So, bila tak dapat nak match sebagai teman hidup. Tak payah la jadi kapel, jadi kawan balik. Sama je kan. Kalau awal2 nak berkawan ialah nak kapel. Bila dah putus. Terus tak kawan langsung. Lari dan hilang.Sebab dalam pengalaman aku macam tu. Putus je. Putus terus. Langsung tak boleh nak kawan.

Kay lak kata. Tak juga. Sebab dia masih boleh berkawan dengan ex2 dia. Tak dak masalah pun. Sama ada di dump atau mendumpkan. Puncanya adalah faktor profesional. Kalau seseorang itu tak cukup profesional. Dia tak boleh jadikan bekas kekasih sebagai kawan. Dia tak dapat mengasingkan perasaan lama dengan dengan perasaan baru. Dia takut juga rasa lama kembali. Dengan erti katal lain ialah tak cukup profesional lah. Kalu orang macam ni. Dalam kerja pun ada unsur2 emosi. Dalam kerja pun ada unsur2 perasaan. Sepatutnya bila dalam kerja. Tak kisah la dia ni kutuk ka, kata belakang ka, fitnah ko ke, ko dapat bezakan antara kerja dan peribadi. Lantak la apa pun. Kalau profesional. Takdak efek la kata2 orang ni.

Jadi ex2 aku ni tak pro la ye. Hahaha. Aku pikir diorang tak nak sebabkan aku. Nak aku tukar nama ke? Yelah mesti la heran kan. Orang lain boleh kawan dengan diorang. Takkan aku tak boleh kot. Lagi pun apa la sangat tak berkawan dengan aku sorang je. Takdak kesan pada ekosistem dunia pun. Ibarat kalau umah aku je tak tutup karan masa earthour nanti takdak efek pun.

Adakah aku cukup profesional? Mampukah aku membeza2kan antara kawan dan perasaan. Aku rasa aku boleh la. Sebab aku jenis tak kisah berkawan. Nampak macam aku ada niat berkapel. Walhal takdak pun. Aku anggap kawan2 pompuan macam kawan laki gak. Selamba je aku layan. Sebab aku memang camtu. Baik dengan kawan2. Haha..

Aku rasa aku profesional secara teorinya lah. Sebab aku boleh berkawan tanpa ada rasa apa pun. Rasa berkawan je. kan kawan untung sembang2 dan sronot2. Itu la best.

Popularity: 3% [?]