Siapakah aku? Aku seorang lelaki biasa yang bakal mencapai umur 25 tahun pada 2009. Bahasa Melayu aku sudah teruk. Aku rasa dah semakin teruk. Sebab banyak tatabahasa aku salah masa aku menaip dalam blog ni. Just abaikan je yang typo error tu.

Aku betul2 average joe. Sebab sebagai seorang rakyat Malaysia yang terlalu biasa. Setiap perkara yang aku lakukan adalah amat2 biasa. Hidup aku rutin. Sama saja. Setiap alam yang aku lalui semuanya sama. Sehinggalah aku bertukar ke alam lain.

Bermula alam sekolah rendah. Aku macam tu je. Pergi skolah, balik skolah. Tak pernah bercuti. Just time cuti sekolah balik kampung. Itu pun dekat je kampung aku. Dunia aku dulu hanya bas awam saja. Balik kampung, pergi bandar, pergi sekolah, pergi pejabat gov, pergi pos, pergi raya dan mana2 pun bas awam saja.

Sekolah menengah pun sama. Masih dengan rutin. Dari aku form 1 sampai form 5 masih naik bas yang sama. Masa aku form 3 aku selalu naik bas pagi2 dengan fasha sandha. Betapa aku tak amik tahunya hal semasa, aku tak tahu yang itu adalah fasha sandha yang  kawan sekolah aku dok cerita tu. Kalau aku tau potensi dia sekarang. Mesti aku jadi kawan dia kan. Hehe..

Masuk U pun sama juga.

Kerja pun sama juga.

Semua sama.

Hidup aku rutin. Tak advanture langsung.

Isnin sampai Jumaat kerja.

Lepas makan malam, balik tido. Kalau ada masa, pergi karaok jamban.

Sabtu sampai ahad. Dok umah, keluar makan. Pergi karaok jamban. Balik tido.

Sampai sekarang aku masih tak boleh menyanyi dengan baik. Aku takdak bakat yang boleh aku banggakan. Sebabkan aku ni terlalu biasa. Aku sekadar tahu. Tapi tak cukup cekap. Aku tahu bawa kereta. Tapi tak la terer sangat. Penakut juga. Aku tahu bawa motosikal. Masih macam biasa juga. Tak la cekap sangat. Aku tahu pasal websites. Tapi aku tak la paham sangat. Aku tahu pasal komputer. Tapi aku masih tak reti nak pasang sebijik komputer. Aku tahu nak soldering, tapi hasil solder aku buruk. (boleh defect set). Aku tahu main bola. Tapi tahu je. Tapi taktahu undang2 dia, tak reti nak gelecek. Tak reti nak rembat.

Aku tahu, tapi tak cekap. Aku reti, tapi tak master. Aku tak tahu, konfirm aku blur.

Itulah aku. Mengimpikan sesuatu. Mengharapkan sesuatu. Tapi tak dapat nak capai. Ish2. Atleast aku makan kenyang. aku masih kerja. Dan aku masih boleh main internet. Aku dah bersyukur.

Aku telah single dan sedang. Hehehe..

Sebab ni blog aku. So aku pun nak up la gambar yang aku rasa best bagi aku. Sebab ini la tempatnye aku nak buat best pun. Kalau korang rasa meluat dengan aku. Just tutup je browser ni.

aku_sendirik

Buat best depan cermin.Aku tiru orang je.hehe.. menjadi la kan..

Aku jugak

Fesyen lama ni

masih aku

Lepas aku balik saloon.

aku la aku..

Sebelum pegi keja.Buat senyum manis lak. Cheh..

Aku sekeluarga

Gambar famili,satu2 nye masa kak aku konvo.

Popularity: 3% [?]